14 Ogos 2015 – Bengkel Pemantapan Tugas-tugas Pengerusi Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) telah berlangsung selama 3 hari di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya. Bengkel ini telah dihadiri oleh Pengerusi BSKN negeri. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, YBhg Dato’ Mohmed Asri Bin Yusof; Penceramah Asas Sukarelawan,Prof Dr Turiman Suandi dan Integriti Sukarelawan, Malaysia Relief Agency, Encik Rezaidi Mohd Ishak. Tujuan bengkel ini adalah sebagai percambahan minda untuk merancang dan menyusun aktiviti kesukarelaan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2016.
↧