13 Ogos 2015 – Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia; Dato’ Wira Mohd. Johari Bin Baharum telah melawat ke Ibupejabat Jabatan Latihan Khidmat Negara di Bangunan Zetro. Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara; YBhg Dato’ Mohmed Asri Bin Yusof. Turut sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), En Mohd Radzuan bin Abdul Manaf; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Pn Nafizah binti Nayan; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Kol Noorrul Azril bin Ariffin serta Pengarah-Pengarah Bahagian.
↧