17 Julai 2014 – Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, YBhg Dato’ Abdul Hadi bin Awang Kechil telah menyertai Program Gelandangan anjuran Komuniti IHYA Ramadan BSKN dan Skuad Muda JLKN yang diadakan di Jalan Chow Kit Kuala Lumpur. Seramai 20 orang BSKN dan Skuad Muda JLKN terlibat dalam membantu mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan. Turut hadir Lt Kol Rosli bin Tahir Pengarah Bahagian Sukarelawan dan Alumni (BSA), Staf BSA dan Nor Zakiah Senin Senior Executive Volunteer Yayasan Salam.
↧