17 Julai 2014 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin sempena ‘Perhimpunan Doa Untuk Palestin’ bertempat di Bangunan Zetro. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil menyampaikan ucapan dan melancarkan Pergerakan Kutipan Tabung Doa Untuk Palestin di 81 kem seluruh negara. Penceramah undangan yang dijemput untuk memberikan ucapan adalah Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin, Dr. Mohammad Makram, Ahli Lembaga Aqsa Syarif Berhad, En. Norazmi Talib dan Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Cawangan Gombak, En. Mohd Isa Maarof. Majlis solat hajat ini telah di imamkan oleh Mej. Mohd Nasir bin Azit dan turut hadir 300 orang kakitangan.
↧