Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 824

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KONVOI KEMERDEKAAN BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA (BSKN) DAN SKUAD MUDA JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)

$
0
0

Bil. 34/13

KENYATAAN AKHBAR

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KONVOI KEMERDEKAAN BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT

NEGARA (BSKN) DAN SKUAD MUDA JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan pada hari ini diadakan majlis perasmian Program Konvoi Kemerdekaan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) dan Skuad Muda Jabatan Latihan

Khidmat Negara (JLKN).

Program ini telah disertai seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli BSKN Semenanjung dan BSKN Sabah serta Skuad Muda JLKN.

Seramai 100 orang ahli BSKN dari Negeri Sabah telah menjalankan aktiviti Jelajah Merdeka bermula pada 24 Ogos 2013 di Tambunan Sabah. Projek pertama mereka ialah menceria dan ramah mesra dengan warga Rumah Anak Yatim Tambunan.

Seterusnya kumpulan dari Sabah menggunakan 11 buah van berkonvoi

membawa bendera negara ke Sepitang dan telah mengadakan gotong royong bersama penduduk Kamppng Popolor, Sepitang. Selepas itu kumpulan ini ke Papar bermesra bersama warga tua di Rumah Warga Tua Kinarut, Papar.

Program Konvoi Kemerdekaan Sabah ini akan bergabung dengan 100

orang ahli-ahli BSKN dan Skuad Muda JLKN yang bertolak hari ini dengan menggunakan Penerbangan C130 milik TUDM.

Penggabungan melalui aktiviti sukarelawan ini akan merapatkan hubungan anggota sukarelawan Semenanjung dan Sabah serta memupuk semangat patriotik dan cintakan negara melalui aktiviti menarik di beberapa tempat di Sabah.

Pada kali ini, negeri Sabah telah terpilih untuk menjalankan program ini untuk mengeratkan kerjasama di antara Rakan Muda JLKN dan BSKN Semenanjung dengan JLKN dan BSKN Sabah.

Aktiviti paling menarik ialah pendakian  ke Puncak Gunung Kinabalu oleh 60 orang Skuad Muda JLKN dan anggota BSKN untuk pertama kali

membawa bendera BSKN ke Puncak Kinabalu.

Kemuncak acara ialah kumpulan ini akan mewakili anggota BSKN dan

Skuad Muda JLKN menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2013 di Kota Kinabalu, Sabah.

Diharapkan melalui program ini, hubungan ahli-ahli BSKN Semenanjung dan ahli-ahli BSKN Sabah serta Skuad Muda JLKN dapat dieratkan lagi dengan jalinan kerjasama yang diadakan ini. Pada masa yang sama dapat meningkatkan semangat patriotisma dan sayangkan negara kita.

Disediakan oleh:

 

Dato’ Abdul Hadi bin Awang Kechil

Ketua Pengarah

Jabatan Latihan Khidmat Negara

Kementerian Pertahanan Malaysia

 

 

 

Tarikh: 26 Ogos 2013


Viewing all articles
Browse latest Browse all 824