26 Ogos, 2013 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengadakan Majlis Perasmian Program Konvoi Kemerdekaan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) dan Skuad Muda Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dirasmikan oleh YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Program ini disertai oleh 200 orang perserta terdiri daripada ahli-ahli BSKN Semenanjung dan BSKN Sabah serta Skuad Muda JLKN.