Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 824

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA (BSKN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN OLEH KETUA PENGARAH JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)

$
0
0

Bil. 07/14

KENYATAAN AKHBAR

 

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA (BSKN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN OLEH KETUA PENGARAH JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)

 

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan bahawa pada hari ini telah diadakan Program Khidmat Komuniti Peringkat Negeri Sembilan di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah, Seremban, Negeri Sembilan.  Pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Abdul Hadi bin Awang Kechil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Majlis penutup program ini dilaksanakan oleh YB Tuan Haji Tun Hairudin Bin Abu Bakar, Exco Pelancongan Negeri Sembilan. Seramai 1500 orang terlibat dalam program ini.

 

Program Khidmat Komuniti yang diadakan ini merupakan kerjasama bersama di antara Kem PLKN dengan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan serta beberapa agensi Awam dan Swasta seperti PDRM, RELA, JPAM, Jabatan Kesihatan Malaysia, Kolej Swasta, Komuniti 1Malaysia (K1M) Kg Sawah serta ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN).

 

Antara Objektif Khidmat Komuniti ini adalah untuk:

  • Membina semangat patriotisme, kesukarelaan dan semangat perpaduan di kalangan pelatih serta mengalakkan penglibatan pertubuhan yang ada di negeri ini khususnya pertubuhan-pertubuhan sosial masyarakat setempat.
  • Membangunkan serta memperkasakan kemahiran, pengetahuan, nilai serta kebolehan berinteraksi, kendiri dan empati dalam diri pelatih tentang peranan yang boleh dimainkan oleh mereka dalam hidup bermasyarakat.
  • Mempraktik latihan, kemahiran dan nilai yang diperoleh atau dipelajari semasa Modul Pembinaan Karakter, Modul Kenegaraan dan Modul Fizikal.

 

Konsep Khidmat Komuniti yang dilaksanakan dalam Program Khidmat Komuniti ini adalah gaya hidup sihat (senamrobik), gotong-royong di sekitar kawasan Kampung Sawah, pameran kerjaya bersama agensi awam dan swasta dan program derma darah.

 

Program ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti sukarelawan untuk membasmi pembiakan aedes seperti laporan kes denggi yang sedang meningkat. Diharapkan program ini akan dapat membantu masyarakat terlibat dalam aktiviti membasmi denggi.

 

Program yang sama juga diadakan di Pekan Pahang yang melibatkan lebih kurang 1500 peserta sukarelawan.

 

 

 

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Komunikasi Korporat

Jabatan Latihan Khidmat Negara

Kementerian Pertahanan Malaysia

 

Tarikh: 22 Februari 2014


Viewing all articles
Browse latest Browse all 824