Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara
Viewing all 824 articles
Browse latest View live

SYARAT BAHARU KEM PLKN MEMBEBANKAN PENGUSAHA


MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) KUMPULAN 2 SIRI 11/2014

$
0
0

25 April 2014 – Majlis Perasmian Pembukaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 11/2014 telah berlangsung bertempat di Kem PLKN Millenium, Beranang, Selangor. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad dan beliau turut memberikan ucapan serta merasmikan Upacara Pemakaian Pangkat kepada Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014.

 

Majlis Perasmian KSU - 01 Majlis perasmian KSU - 02 Majlis perasmian KSU - 03 Majlis Perasmian KSU - 04 Majlis Perasmian KSU - 05 Majlis Perasmian KSU - 06 Majlis Perasmian KSU - 07 Majlis Perasmian KSU - 08

TOLERANSI ELAK JENAYAH PELATIH PLKN

MAJLIS LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN) KE KEM PLKN DUSUN RESORT KUALA NERANG, KEDAH

$
0
0

Lawatan Ketua Pengarah ke Kem PLKN Dusun Resort -01 Lawatan Ketua Pengarah ke Kem PLKN Dusun Resort -02 Lawatan Ketua Pengarah ke Kem PLKN Dusun Resort -04 Lawatan Ketua Pengarah ke Kem PLKN Dusun Resort -06

30 April 2014 – Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil telah mengadakan lawatan kerja ke Kem PLKN Dusun Resort Kuala Nerang, Kedah bertujuan untuk memantau dan memastikan kem PLKN beroperasi dengan lancar.  Lawatan beliau disambut oleh Komandan Kem, Lt Kol Hj Hasnan bin Hj Rashidi bersama beberapa orang pegawai kem PLKN Dusun Resort.  Beliau juga turut meluangkan masa beramah mesra bersama pelatih kem dan para media.

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI DAN PENDIDIKAN MARINE BSKN ZON E DI JOHOR

$
0
0

9 Mei 2014- Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengadakan satu Program Khidmat Komuniti dan Pendidikan Marine BSKN Zon E anjuran bersama Kem PLKN YPJ Mersing, Jabatan Penerangan Mersing dan Jabatan Laut Mersing di Chalet Tok Mok Pulau Tinggi Mersing Johor.  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil.  Dalam aktiviti itu, Beliau juga bersama turun padang untuk memantau dan memastikan misi ini berjalan dengan jayanya sambil meluangkan masa beramah mesra bersama ahli BSKN dan masyarakat.  Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat bergotong-royong dan mendidik ahli BSKN dan masyarakat tentang kebersihan Marine.

Program Khidmat Komuniti dan Pendidikan Marine BSKN di Johor - 01 Program Khidmat Komuniti dan Pendidikan Marine BSKN di Johor - 06 Program Khidmat Komuniti dan Pendidikan Marine BSKN di Johor -04 Program Khidmat Komuniti dan Pendidikan Marine BSKN di Johor - 03 Program Khidmat Komuniti dan Pendidikan Marine BSKN di Johor - 02 Program Khidmat Komuniti dan Pendidikan Marine BSKN di Johor -05

ROMBONGAN KETUA PENGARAH JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN) BERTEMU KETUA PENGARANG THE STAR

$
0
0

7 Mei 2014 – Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil bersama rombongan meluangkan masa menyertai lawatan bertemu Ketua Pengarang The Star bertempat di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor. Beliau juga berkesempatan melawat persekitaran The Star sambil berpeluang mempelajari dan berkongsi idea bersama Ketua Pengarang dan ahli rombongan. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi mengenali media dengan lebih dekat serta mewujudkan kerjasama yang baik antara jabataan dan pihak media. Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil sempat bertukar cenderahati kepada Ketua Pengarang The Star.

LAWATAN THE STAR - 02 LAWATAN THE STAR - 03 LAWATAN THE STAR-04 LAWATAN THE STAR-05

ROMBONGAN KETUA PENGARAH JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN) KE SRI PENTAS, TV3

$
0
0

14 Mei 2014 – Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil bersama rombongan Pengarah-pengarah bahagian dan staf meluangkan masa menyertai lawatan ke Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Selangor.  Dalam lawatan kerja tersebut, beliau bersama rombongan diberi sesi penerangan dan taklimat berkaitan Media Prima oleh salah seorang pegawai mereka dan turut hadir Datuk Johan Bin Jaaffar, merupakan Pengerusi Media Prima Berhad.  Selain itu, para rombongan berkesempatan melawat dan meninjau persekitaran Media Prima sambil berpeluang berkongsi idea dan pengalaman. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi mengenali media dengan lebih dekat serta mewujudkan kerjasama yang baik antara jabatan dan pihak media.

ROMBONGAN KE SRI PENTAS -01 ROMBONGAN KE SRI PENTAS -02 ROMBONGAN KE SRI PENTAS -03 ROMBONGAN KE SRI PENTAS -04 ROMBONGAN KE SRI PENTAS -05

LAWATAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA & SUKAN BRUNEI DARUSSALAM KE KEM PLKN SERI PERKASA MANTIN, NEGERI SEMBILAN

$
0
0

23 Mei 2014 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair bin Haji Abdulah  ke Kem PLKN Seri Perkasa Mantin, Negeri Sembilan.  Deligasi ini disambut baik oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg Dato’ Abdul Hadi bin Awang Kechil.  Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mengetahui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijalankan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan mengeratkan hubungan antara Malaysia dan  Brunei Darussalam.  Disamping itu juga, pelbagai aktiviti dan persembahan yang dipertontonkan oleh para pelatih PLKN.

LAWATAN BELIA SUKAN BRUNEI KE KEM MANTIN -02 LAWATAN BELIA SUKAN BRUNEI KE KEM MANTIN -03 LAWATAN BELIA SUKAN BRUNEI KE KEM MANTIN -04 LAWATAN BELIA SUKAN BRUNEI KE KEM MANTIN -05


(English) THOUSANDS CHEER THE TEAM ON

SALUR MAKLUMAT UNTUK TANGANI MILITAN

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014 JLKN

$
0
0

26 Mei 2014 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2014 Jabatan Latihan Khidmat Negara telah dilangsungkan di Auditorium Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.  Penghargaan tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad.  Turut hadir YBhg Dato’ Abdul Hadi bin Awang Kechil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara.  Majlis telah dilaksanakan dengan jaya dan berjalan dengan lancar walaupun terdapat ‘kejutan’ di saat-saat akhir dengan kehadiran YB Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri.  Pihak JLKN mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan tahniah kepada kakitangan yang terpilih.

APC-01 APC-07 APC-06 APC-05 APC-04 APC-03 APC-02

LAWATAN KERJA PENGERUSI MLKN KE KEM PLKN GAMBANG

$
0
0

28 Mei 2014 – Lawatan kerja oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid ke Kem PLKN Gambang Kuantan, Pahang.  Lawatan ini disambut oleh TUDM Komandan, Mej Mohd Shahrul Naim bin Salleh dan kakitangan disana.   Sepanjang lawatan berlangsung, beliau di hiburkan dengan pelbagai persembahan oleh pelatih JLKN yang cukup bertenaga.  Lawatan ini bertujuan memantau aktiviti pelatih dan memastikan kem PLKN beroperasi dengan lancar.  Selain itu, Pengerusi dibawa untuk meninjau persekitaran kem Gambang.

 

KEM GAMBANG 1 KEM GAMBANG 2 KEM GAMBANG 4 KEM GAMBANG 3

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN) 2014

$
0
0

 

Bil.  16/14

 

KENYATAAN AKHBAR

 

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN) 2014

 

Seramai 86 orang pegawai dan kakitangan ibu pejabat Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan kem-kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh negara telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi tahun penilaian 2013 yang disampaikan oleh YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri, Timbalan Menteri Pertahanan. Majlis yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan adalah penganjuran tahun ke-4 bagi peringkat Jabatan. Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanandan YBhg Dato’ Abdul Hadi bin Awang Kechil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara.

 

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian pegawai dan kakitangan di ibu pejabat JLKN dan kem-kem PLKN seluruh negara yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang bagi tahun yang dinilai.

 

Setiap penerima APC akan membawa pulang Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan wang tunai berjumlah RM1,000.00. Diharapkan anugerah APC kali ini dapat membangkitkan lagi semangat bekerja yang ada bagi memantapkan lagi mutu perkhidmatan cemerlang pada masa hadapan.

 

Di samping itu, pada majlis ini turut diadakan penyampaian Sijil Penghargaan Pengauditan Pengurusan Kewangan berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS) secara online 2013 kepada JLKN. Audit pengurusan kewangan berdasarkan AIMS ini telah mula dilaksanakan oleh Bahagian Audit Dalam dan Siasatan Am (BADSA) Kementerian Pertahanan Malaysia sejak tahun 2009. Elemen-elemen pengurusan kewangan yang diaudit merangkumi kawalan pengurusan organisasi, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan, pengurusan kumpulan wang amanah, akaun amanah dan deposit dan pengurusan aset, inventori dan stor.

Secara umumnya, sesuatu Jabatan akan diberi tahap  prestasi pengurusan kewangan dan penarafan bintang berdasarkan kepada markah keseluruhan yang dicapai bagi tahun yang dinilai.

 

Untuk makluman, JLKN telah mencapai penarafan 4 bintang bagi 4 tahun berturut-turut sejak tahun 2010 sehingga 2013. Bagi tahun 2013, JLKN telah mendapat markah keseluruhan 99.07% dan sekaligus melayakkan JLKN menerima pengiktirafan 4 bintang (kategori sangat baik) bagi audit AIMS ini.

 

 

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Komunikasi Korporat

Jabatan Latihan Khidmat Negara

Kementerian Pertahanan Malaysia

 

Tarikh: 26 Mei 2014

 

LARIAN BATON BERSAMA PELATIH KEM PLKN TASOH

$
0
0

20 Mei 2014 – Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil bersama pelatih-pelatih Kem PLKN Tasoh dan BSKN telah menghadiri satu program Larian Baton semperna pembukaan SUKMA di Perlis.  Larian ini telah bermula di Balai Bomba Perlis dan berakhir di Stadium Negeri Perlis.  YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil mengakhiri larian beliau dengan membawa Baton untuk diserahkan kepada Adun Sena merangkap Ketua Sekretariat SUKMA, YB Abdul Jamil bin Saat, EXCO Belia dan Sukan bagi menjayakan program tersebut.  Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mewujudkan kerjasama dan sokongan yang baik antara jabatan dan Negeri .

LARIAN BATON KEM PLKN TASOH-01 LARIAN BATON KEM PLKN TASOH-02 LARIAN BATON KEM PLKN TASOH-03 LARIAN BATON KEM PLKN TASOH-04 LARIAN BATON KEM PLKN TASOH-05

BANGUNAN UZUR DI KEM PLKN AKAN DINAIK TARAF


KEM PLKN PERLU PATUHI STANDARD DITETAPKAN- HADI

LATIHAN KEBAKARAN DI KOMPLEK BANGUNAN ZETRO

$
0
0

29 Mei 2014 -  Kesemua kakitangan terlibat dalam satu latihan kebakaran yang telah diadakan di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Komplek Bangunan Zetro.  Dalam plan latihan tersebut, kakitangan JLKN bergegas keluar dari bangunan dan menyusur ke tempat pengumpulan bagi melapor diri ke bahagian masing-masing.  Salah seorang daripada kakitangan diminta menjalankan watak sebagai ‘mangsa kebakaran’ untuk di selamatkan oleh Pegawai bomba yang terlatih.  Justeru itu, mereka kemudian di arahkan berkumpul di padang untuk sesi taklimat ringkas dan demo kebakaran. Tujuan latihan kebakaran ini dijalankan adalah bagi langkah persediaan kepada kakitangan untuk menangani situasi.

LATIHAN KEBAKARAN-01 LATIHAN KEBAKARAN-02 LATIHAN KEBAKARAN-03 LATIHAN KEBAKARAN-04 LATIHAN KEBAKARAN-05 LATIHAN KEBAKARAN-06 LATIHAN KEBAKARAN-07 LATIHAN KEBAKARAN-08

LAWATAN KERJA PENGERUSI MLKN KE KEM PLKN KG HIJRAH

$
0
0

28 Mei 2014 – Lawatan kerja oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid ke Kem PLKN Kg Hijrah, Penor Kuantan, Pahang. Lawatan ini disambut oleh Komandan, Lt Kdr Marzuki bin Abdullah dan kakitangan disana. Sepanjang lawatan berlangsung, beliau di hiburkan dengan persembahan oleh pelatih JLKN yang cukup bertenaga. Lawatan ini bertujuan memantau aktiviti pelatih dan memastikan kem PLKN beroperasi dengan lancar. Selain itu, Pengerusi dibawa untuk meninjau persekitaran kem Hijrah.

cinta negara-01 KEM PLKN HIJRAH-02 KEM PLKN HIJRAH-03 KEM PLKN HIJRAH-04

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Latihan Khidmat Negara akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian ICT pada tarikh dan masa seperti berikut: Tarikh: 08 Jun 2014 (Ahad)Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam Sehubungan itu, perkhidmatan Laman Web Rasmi dan Emel Jabatan akan mengalami gangguan capaian dalam tempoh tersebut. Perkhidmatan ini akan beroperasi seperti sedia kala selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai. Sebarang kesulitan amat dikesali.Pentadbir Laman Web.

(English) THOUSANDS CHEER THE TEAM ON

Viewing all 824 articles
Browse latest View live