Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 824

KEMASUKAN PELATIH SUKARELA BAGI PROJEK PERINTIS TRANSFORMASI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

$
0
0

Bil. 19/15

 

KENYATAAN MEDIA

 

 

KEMASUKAN PELATIH SUKARELA BAGI PROJEK PERINTIS TRANSFORMASI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

 

 

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan bahawa satu Projek Perintis  Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dilaksanakan pada 17 Oktober hingga 16 Disember 2015. Projek rintis ini bertujuan bagi memastikan PLKN terus relevan dengan tuntutan semasa, praktikal dan mendatangkan kesan yang bermakna kepada pembangunan negara. Pelaksanaan projek perintis ini adalah bagi menguji keberkesanan modul-modul baharu yang akan diperkenalkan seperti Cergas dan Tangkas (Fit4Life), MalaysiaKu, Kemahiran Berbahasa (Tech & Talk) dan Kukuh Kendiri (iUpgrade) serta pelaksanaan latihan kemahiran.

 

 

Pengambilan Projek Rintis ini adalah terbuka kepada belia berumur diantara 16 hingga 35 tahun, manakala bagi remaja yang tidak terpilih tetapi berminat untuk menyertai boleh membuat permohonan secara sukarela dengan memuat turun borang permohonan secara atas talian di www.informasi.khidmatnegara.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Oktober 2015.

 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan

Jabatan Latihan Khidmat Negara

Kementerian Pertahanan Malaysia

 

Tarikh: 6 Oktober 2015


Viewing all articles
Browse latest Browse all 824