31 Julai 2015 -Jabatan Latihan Khidmat Negara bersama Briged Sukarelawan Khidmat Negara telah menjalankan Program Misi Patriotisme, Malaysiaku Bergema selama 3 hari di Tambunan Sabah. Turut hadir Pengarah bahagian Sukarelawan Alumni, Lt. Kol Mohamad Zulkifli bin Hj Ahmad dan seramai 100 Briged Sukarelawan (BSKN) menyertai aktiviti ini. Tujuan program ini memberi kesedaran kepada golongan belia semangat kenegaraan dan patriotisme.
↧