08 Januari 2015 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri telah menyampaikan sumbangan kepada Mangsa Banjir penduduk setempat sempena Program Gelombang Sukarelawan 1Mindef bertempat di Sek Keb. Tanah Rom, Jerantut, Pahang. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan YBhg. Dato’ Sri Abdul Rahim Bin Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, YBhg. Dato’ Mohmed Asri Bin Yusof. Beliau turut membantu membersihkan kawasan sekolah yang terjejas dengan banjir. Program tersebut disertai oleh Jurulatih PLKN, BSKN, Pelatih, PLKN Indra Pahlawan dan PLKN Arena Resort.
↧