27 Oktober 2014 – Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), YB Datuk Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid telah mempengerusikan Mesyuarat MLKN Bil. 2/2014 di Bilik Mesyuarat Sri Cendana, Aras 5, Bangunan Zetro. Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Dr Hj Ismail bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil bin Salleh, Ketua Pengarah, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg Dato’ Mohmed Asri bin Yusof, dan beberapa anggota Ahli Majlis MLKN.
↧