13 September 2014 – Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, YBhg. Dato’ Abdul Hadi bin Awang Kechil telah merasmikan Program Perbarisan Penutup Latihan Jurulatih Penyelaras BSKN bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah,Melaka. Aktiviti yang dijalankan seperti Pelancaran dan Penyerahan Buku Pelan Tindakan Kecemasan Kem PLKN, Pemakaian Pangkat, Penyampaian Cenderamata, Teriakan Gempur Wira dan Persembahan Padang. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Latihan, Tuan Azlan bin Johar, Pengarah Operasi Kol Sanusi bin Hashim, Pengarah Sukarelawan dan Alumni, Lt Kol Rosli bin Tahir, dan Warga Kem PLKN yang terlibat.
↧