5 September 2014 – Jabatan Latihan Khidmat Negara telah mendapat tempat pertama bagi Kategori Laman Web dalam Pertandingan Portal/Laman Web Kementerian Pertahanan 2014. Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Jalil Bin Marzuki, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pertahanan kepada Puan Hamidah Binti Ahmad, Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Latihan Khidmat Negara semasa Mesyuarat Jawatankuasa Portal Mindef Bil.3/2014 pada 5 September 2014. Sementara itu, bagi Kategori Portal pula dimenangi oleh Kementerian Pertahanan.
↧