16 Ogos 2014 – Majlis Pelancaran Pergerakan Pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 11/2014 telah diadakan di perkarangan dataran parkir kereta Masjid Jamek, Kota Tinggi, Johor jam 9.30 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, YB. Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid. Beliau turut beramah mesra bersama-sama ibu bapa serta pelatih PLKN.
↧