Quantcast
Channel: Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 824

PELAKSANAAN PERKHIDMATAN DOBI DI KEM-KEM PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) OLEH JABATAN PENJARA MALAYSIA (JPM) DI BAWAH STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS)

$
0
0

Bil.  17/14

 

KENYATAAN AKHBAR

PELAKSANAAN PERKHIDMATAN DOBI DI KEM-KEM PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) OLEH JABATAN PENJARA MALAYSIA (JPM) DI BAWAH STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS)

 

Selaras dengan Pelaksanaan Perkhidmatan Dobi di Kem-Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), satu mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan prestasi perkhidmatan dobi dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan perkhidmatan di bawah kendalian bersama Kem-kem PLKN dan Jabatan Penjara Malaysia.

 

Mesyuarat yang diadakan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang ini dipengerusikan oleh Penolong Kanan Komisioner PPA Machang Mohammed Zuki Mohammed Zain dan dihadiri oleh YBhg Dato’ Abdul Hadi bin Awang Kechil, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Turut hadir Pengarah-Pengarah Bahagian JLKN dan Komandan-Komandan Kem yang terlibat.

 

Untuk makluman, kerjasama ini melibatkan tempoh lima (5) tahun bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016. Pelaksanaan kerjasama pintar ini melibatkan 28 buah Kem PLKN dan 20 buah penjara. Ia dimulakan dengan pelaksanaan Projek Perintis di Kem PLKN Nasuha Ladang Rempah Ratus Herba, Pagoh oleh Penjara Simpang Renggam, Johor pada 4 hingga 25 Oktober 2011 dan kemudiannya oleh Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar, Johor pada 26 Oktober hingga 30 November 2011.

 

Kerjasama ini telah memberikan implikasi yang positif dimana ia dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan dobi di Kem-kem PLKN selain dapat menjana ekonomi dengan memberikan peluang pekerjaan kepada kumpulan sasaran (banduan) yang terlibat serta memupuk semangat keusahawanan dan pengalaman untuk mereka ceburi bidang perniagaan perkhidmatan dobi apabila dibebaskan kelak.

 

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Komunikasi Korporat

Jabatan Latihan Khidmat Negara

Kementerian Pertahanan Malaysia

 

Tarikh: 12 Jun 2014

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 824