12 Jun 2014 – Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan semperna Pelaksanaan Perkhidmatan Dobi di kem-kem PLKN oleh Jabatan Penjara Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru. Beliau juga berkesempatan melawat persekitaran dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Pemulihan tersebut. Tujuan kunjungan ini diadakan bagi mengenali dengan lebih dekat serta mewujudkan kerjasama yang baik antara jabatan dan Jabatan Penjara Malaysia.
↧