08 April 2014 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2014 bertempat di Auditorium Bangunan Zetro. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil telah merasmikan majlis dan menyampaikan ucapan. Beliau juga merasmikan Pelancaran Kempen Program Kitar Semula di Pejabat Peringkat Jabatan dan menyampaikan Sijil Anugerah Cemerlang diatas pencapaian Penarafan 5 Bintang Laman Web yang dinilai menerusi Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2013.
↧