02 Ogos, 2013 – Briged Sukarelawan Khidmat Negara telah terlibat dalam Majlis Rahmat Ramadhan bertempat di Masjid Jamek Felda Kahang Timur, Johor. Majlis ini telah melibatkan lebih kurang 150 orang ahli. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara; Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil.