16 Julai, 2013 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memaklumkan pada hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Pemilihan Pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 11 Tahun 2014 oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Abdul Rahim Bakri. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KEMENTAH, YBhg Dato’ Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) YBhg Dato’ Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Jabatan latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg Dato’ Abdul Hadi Awang Kechil.
Majlis telah berlangsung di Bilik Teratai, Wisma KEMENTAH, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur pada pagi ini.